Thursday 1 December 2011

ContOh FoliO Karya PelajaR *

Sempena minggu patriotik , terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan untuk mengalakkan para pelajar melibatkan diri untuk menunjukkkan bakat mereka . Panitia pendidikan moral juga telah tidak ketinggalan dalam menganjurkan aktiviti untuk menambahkan dan meninggikan semangat patriotik dalam kalangan pelajar moral . Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru . Aktiviti yang diadakan sepanjang minggu berkenan ialah membuat folio secara kumpulan yang akan dibimbing oleh guru pendidikan moral . Tajuk folio ialah LAMBANG-LAMBANG NEGARA ! 


Berikut adalah contoh karya pelajar  :-








sekian , terima kasih :)

Saturday 22 October 2011

PrOGraM SelepaS PMR :)

Terdapat pelbagai program yang diadakan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yg telah tamat menduduki peperiksaan PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR ) yg telah berlangsung pada 4 Oktober ( selasa ) dan tamat pada 10 Oktober 2011 ( selasa ) .
Tidak ketinggalan juga , para panitia pndidikan moral juga telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik buat pelajar-pelajar moral tingkatan 3 .

Antara aktiviti yang diadakan ialah :-

Nama aktiviti  :  Mencipta daripada bahan buangan dan membuat kad ucapan Deepavali
Tarikh            :  21 Oktober 2011
Bertempat      :  Di kantin sekolah

Aktiviti tersebut telah dimulakan sekitar pukul 9 pagi . Aktiviti mencipta daripada bahan buangan dilakukan secara berkumpulan manakala aktiviti membuat kad ucapan deepavali dilakukan secara individu . Para pelajar telah bertungkus-lumus menyiapkan hasil kerja mereka dalam masa yang telah ditetapkan .

Walaupun masa yang diberikan boleh dikatakan agak singkat , namun para pelajar telah dapat menyiapkan hasil tangan mereka dengan begitu cermat dan cantik sekali . Ini dapat membutikan bahawa amalan tolong-menolong dan bekerjasama antara ahli kumpulan dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi amat penting dan harus dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian .


Antara hasil kerja pelajar ialah :-







sekian , terima kasih !


Thursday 2 June 2011

Kepentingan Pendidikan Moral ... !

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.


Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah dan Menengah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.




contoh amalan nilai moral ....



                                             

Monday 30 May 2011

pAndUan & pElakSaNaAn KerJa KUrsUs

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1225/2
PENDIDIKAN MORAL
KERJA KURSUS
Kertas 2
PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS
PENDIDIKAN MORAL
KERTAS 2
MULAI FEBRUARI TINGKATAN 4 HINGGA JULAI TINGKATAN 5
Peraturan pemarkahan ini mengandungi 23 halaman bercetak2
1225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
KANDUNGAN
Halaman

1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif Mata Pelajaran Pendidikan Moral 3
3.0 Objektif Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral 4
4.0 Rasional Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral 4
5.0 Maklumat Am 5
6.0 Arahan Kepada Guru 5
7.0 Arahan Kepada Calon 6
8.0 Elemen Dan Aspek Yang Dinilai 6
9.0 Penilaian 7
10.0 Pengoperasian Kerja Kursus Pendidikan Moral 14
11.0 Lampiran 151225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3
1.0 PENGENALAN
Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian iaitu Kertas 1225/1
(Ujian Bertulis) dan Kertas 1225/2 (Kerja Kursus). Pentaksiran kerja kursus ini lebih
bersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing,
memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuan
mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai memerlukan masa yang
panjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporan
guru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini dilakukan melalui dua
elemen iaitu:

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Objektif kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:

2.1 memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;
2.2 menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam
     sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya;
2.3 meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan
     keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;
2.4 mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan rohani
     dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan
2.5 mempuny ai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara adil
     dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

41225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3.0 OBJEKTIF PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL

kebolehan calon:
3.1 mengetahui, memahami dan menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulia;
3.2 menggunakan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral;
3.3 berkomunikasi berasaskan nilai moral;
3.4 membuat keputusan dengan berasaskan nilai moral;
3.5 menyelesaikan masalah berasaskan nilai moral;
3.6 menghayati keharmonian antara manusia dan alam sekitar; dan
3.7 mengamalkan nilai-nilai yang murni dengan penuh iltizam.

4.0 RASIONAL PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL
Kerja kursus Pendidikan Moral dinilai berasaskan elemen, aspek dan kriteria
penskoran untuk:
4.1 mengukur konstruk pengetahuan, kemahiran dan nilai;
4.2 menilai pencapaian calon dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dengan lebih
menyeluruh, tersusun dan bermatlamat;
4.3 membolehkan calon dinilai semasa pelaksanaan kerja kursus (Penilaian Proses)
dan hasil akhir kerja kursus (Penilaian Produk);
4.4 memupuk keperibadian calon ke arah berakhlak mulia; dan
4.5 memberi peluang calon menunjukkan ketrampilan dan kemajuan.
  1225/2   © 2008 Hak Cipta

5 KerajaanMalaysia
5.0 MAKLUMAT AM
5.1 Tugasan kerja kursus ini hendaklah dimulakan dari Februari di Tingkatan 4
hingga Julai di Tingkatan 5.
5.2 Guru Penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral.
5.3 Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
     dan pembelajaran.
5.4 Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yang
      ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
5.5 Elemen, aspek dan kriteria dalam Pandu an Penilaian Kerja Kursus ini hendaklah
     dimaklumkan kepada calon .
5.6 Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral 1225/2 hendaklah disiapkan sebelum
      atau pada 15 Julai di Tingkatan 5.

6.0 ARAHAN KEPADA GURU
6.1 Guru Penilai mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus serta
      merancang proses dan aktiviti bagi semua calon.
6.2 Guru Penilai hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan
     dan perinciannya.
6.3 Guru Penilai mestilah memastikan calon melaksanakan kedua-dua elemen
      kerja kursus.
6.4 Guru Peni l a i  hendakl ah membimbing  c a lon untuk mengha s i lkan ke r j a
      yang terbaik.
6.5 Guru Penilai hendaklah memaklumkan markah calon supaya mereka boleh
      memperbaiki hasil kerja.
6.6 Guru Penilai hendaklah memaklumkan tahap pencapaian calon.
6.7  G u r u   P e n i l a i   d i k e h e n d a k i   m e n g i s i   B o r a n g   L a p o r a n   E l e m e n   Sahsiah
(Lampiran 1) dan Borang Pencapaian Individu (Lampiran 5).
1225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

7.0 ARAHAN KEPADA CALON
7.1  C  a l o n   S PM  y a n g  me n g amb i l  ma t a   p e l a j a r a n   P e n d i d i k a n  Mo r a l  wa j i b
       melaksanakan kerja kursus.
7.2 Calon  SPM dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Moral  dari
     Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5.
7.3 Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus yang ditetapkan dan disahkan
     oleh pihak pentadbir sekolah.
7.4 Kerja kursus calon  mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
       daripada mana-mana pihak.
7.5 Penilaian proses kerja calon akan dilakukan oleh guru penilai sepanjang masa
      kerja kursus dilaksanakan.
7.6 Penilaian dan pemberian gred dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.
7.7 Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada akhir bulan Julai di Tingkatan 5.

8.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

1. Berkomunikasi
2. Membuat Keputusan
3. Menyelesaikan Masalah
1. Aktiviti – Penyedian Tugasan
– Kerja Amal
2. Penyediaan Folio
3. Penglibatan dan Peranan
4. Kesan
5. Penyediaan Bahan Bukti1225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


BIDANG BILANGAN AKTIVITI

Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira
(a) Jangka masa untuk sesuatu kerja amal hendaklah sesuai dengan
aktiviti yang dijalankan.
(b) Kerja amal yang akan dibuat seharusnya tidak membebankan
calon dari segi kewangan dan masa.
(c)  J e n i s   k e r j a   ama l   y a n g   d i p i l i h   s e h a r u s n y a   s e s u a i   d e n g a n
kemampuan dan keupayaan calon.
(d) Calon digalakkan untuk menyertai kerja amal lebih daripada
syarat yang ditetapkan.
(e)  P e n i l a i a n   k e r j a   ama l   s e h a r u s n y a   t e r t ump u   k e p a d a   a s p e k
penghayatan dan amalan nilai murni serta kekerapan melakukan
kerja amal tersebut.12

Nama
Nombor kad pengenalan
Angka giliran
Tajuk aktiviti
Tajuk tugasan
Pengumpulan tugasan yang bersistem
Lampiran bukti
Kekemasan1225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
13
(g) Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) iaitu [(n) x w].
(h) Jumlah [(n) x w] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepada
wajaran (w) untuk mendapatkan purata.
(i) Perolehan purata (P) dilaporkan sebagai gred keseluruhan
berpandukan kepada jadual Gred Keseluruhan Setiap Elemen.
(Lampiran 4)

1225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
10.0 PENGOPERASIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL
Selaras dengan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pengoperasian
Kerja Kursus Pendidikan Moral (KKPM) akan dijalankan oleh pihak-pihak
berikut:
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
– Melantik Pentaksir terdiri daripada guru / badan professional untuk menyetara
markah di peringkat negeri dan daerah
– Menerima data, markah dan analisis KKPM dari setiap negeri
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
– Memantau pelaksanaan KKPM peringkat negeri
– Mengumpul data, markah dan analisis KKPM dari setiap daerah
– Membuat analisis KKPM peringkat negeri
– Menghantar data, markah dan analisis KKPM peringkat negeri ke LPM
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)
– Memantau pelaksanaan KKPM peringkat daerah
– Mengumpul data dan markah KKPM peringkat daerah
– Membuat analisis KKPM peringkat daerah
– Menghantar data, markah dan analisis KKPM ke JPN
Pentadbiran Sekolah
– Memantau pelaksanaan KKPM di sekolah
– Menyimpan data calon yang mengambil KKPM
– Menghantar data, markah, dan analisis KKPM peringkat sekolah ke PPD
– Mengeluar dan mengesahkan maklumat dalam Borang Pencapaian Individu
Ketua Bidang Sains Sosial
– Mengumpul data dan skor calon
– Membuat analisis keseluruhan calon KKPM peringkat sekolah
Guru Mata Pelajaran
– Mentaksir hasil kerja calon (Penilai)
– Mengumpul markah calon
– Menyimpan data calon bagi setiap kelas yang diajar
– Mengemaskini maklumat dalam Borang Pencapaian Individu1225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


GRED KRITERIA PENSKORAN

1 aktiviti daripada mana-mana bidang tersebut
3 aktiviti daripada 3 bidang yang berbeza
                        ATAU
3 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza
2 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza

Nama
Kekemasan
Lampiran bukti
Pengumpulan tugasan yang bersistem
Tajuk tugasan
Tajuk aktiviti
Angka giliran
Nombor kad pengenalan
GRED KRITERIA PENSKORAN

Mencakupi 01 – 02 perkara
Mencakupi 05 – 06 perkara
Mencakupi 03 – 04 perkara1225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3. PENGLIBATAN DAN PERANAN

Menyumbang tenaga
Prihatin
Toleransi
Kepimpinan
Kerjasama
Rajin
Bertanggungjawab
Meluangkan masa
Menyumbang idea
10 Mengawal keadaan20
1225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
4. KESAN
(Pemerhatian dan laporan aktiviti)

Insaf
Perubahan sikap
Iktibar
Kesederhanaan
GRED KRITERIA PENSKORAN
4 Mencakupi 4 nilai
1
3
2
Mencakupi 1 nilai
Mencakupi 3 nilai
Mencakupi 2 nilai1225/2   © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
21
GRED KRITERIA PENSKORAN
4
3
2
1

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
BORANG PENCAPAIAN INDIVIDU
NAMA                     : ..................................................................................................................
ANGKA GILIRAN : ...................................................................................................................

Lampiran 5
Pengesahan
Dengan ini disahkan bahawa Gred Kerja Kursus ini berdasarkan kerja calon yang sebenar.
Tandatangan Pengetua : .......................................... Tarikh : ......................

Sunday 29 May 2011


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.



DeFINISI nIlaI-nIlaI

BIDANG PEMBELAJARAN 1

1...NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

1.1 Kepercayaan kepada Tuhan: Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.2 Amanah: Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
1.3 Harga Diri: Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
1.4 Bertanggungjawab: Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
1.5 Hemah Tinggi: Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
1.6 Toleransi: Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkanberlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.sukatan pelajaran pendidikan moral kbsm
1.7 Berdikari: Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
1.8 Kerajinan: Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
1.9 Kasih Sayang: Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
1.10 Keadilan: Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
1.11 Rasional: Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
1.12 Kesederhanaan: Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

BIDANG PEMBELAJARAN 2

2...NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga: Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga: Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan: Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga: Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga

BIDANG PEMBELAJARAN 3

3..NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar: Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
3.2 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar: Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
3.3 Kemapanan Alam Sekitar: Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar: Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling danberusaha menyelesaikannya.

BIDANG PEMBELAJARAN 4

4...NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME

4.1 Cinta Akan Negara: Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingannegara melebihi kepentingan diri.
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara: Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara: Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagaitanda kebaktian untuk negara.

BIDANG PEMBELAJARAN 5

5...NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak: Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagimenjamin kehidupan mereka yang sempurna.
5.2 Menghormati Hak Wanita: Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberisumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
5.3 Melindungi Hak Pekerja: Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dansumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya: Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supayatidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
5.5 Melindungi Hak Pengguna: Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yangberilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

BIDANG PEMBELAJARAN 6

6...NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI

6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang: Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telahditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
6.2 Kebebasan Bersuara: Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagimenjaga keselamatan dan ketenteraman.
6.3 Kebebasan Beragama: Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanyaseperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara: Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunannegara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan PerlembagaanMalaysia.
6.5 Sikap Keterbukaan: Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikanselaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

BIDANG PEMBELAJARAN 7

7...NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

7.1 Hidup Bersama Secara Aman: Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaiandan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama: Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkatindividu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
7.3 Saling Menghormati antara Negara: Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjaminkesejahteraan sejagat.