Saturday 22 October 2011

PrOGraM SelepaS PMR :)

Terdapat pelbagai program yang diadakan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yg telah tamat menduduki peperiksaan PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR ) yg telah berlangsung pada 4 Oktober ( selasa ) dan tamat pada 10 Oktober 2011 ( selasa ) .
Tidak ketinggalan juga , para panitia pndidikan moral juga telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik buat pelajar-pelajar moral tingkatan 3 .

Antara aktiviti yang diadakan ialah :-

Nama aktiviti  :  Mencipta daripada bahan buangan dan membuat kad ucapan Deepavali
Tarikh            :  21 Oktober 2011
Bertempat      :  Di kantin sekolah

Aktiviti tersebut telah dimulakan sekitar pukul 9 pagi . Aktiviti mencipta daripada bahan buangan dilakukan secara berkumpulan manakala aktiviti membuat kad ucapan deepavali dilakukan secara individu . Para pelajar telah bertungkus-lumus menyiapkan hasil kerja mereka dalam masa yang telah ditetapkan .

Walaupun masa yang diberikan boleh dikatakan agak singkat , namun para pelajar telah dapat menyiapkan hasil tangan mereka dengan begitu cermat dan cantik sekali . Ini dapat membutikan bahawa amalan tolong-menolong dan bekerjasama antara ahli kumpulan dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi amat penting dan harus dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian .


Antara hasil kerja pelajar ialah :-







sekian , terima kasih !